摘要:Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti ransangan pembelajaran dan hubungannya dengan prestasi akademik pelajar. Inventori Stail Pembelajaran (Dunn. Dunn dan Price, 1978) yang telah diubahsuai telah diberikan kepada satu sampel rawak berserta seramai 339 pelajar diploma daripada pelbagai program di UiTM kampus Arau. Dapatkan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan di dalam ransangan persekitaran dan fizikal. Data juga menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang lemah di antara ransangan emosi dengan pencapaian akademik pelajar