摘要:Pameran bertajuk Go Blok yang berlangsung di galeri Petronas, KLCC ini mengetengahkan karya-karya seni cetak yang boleh disifatkan sebagai berbeza, lain dan bertaraf maju. Karya-karya seni cetak tersebut dihasilkan oleh lima orang seniman tempatan iaitu Juhari Said, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff, Shahrul Jamil dan Ng Kim Peow (Kim Ng). Kesegaran atau perbezaan jenis dan bentuk seni cetak yang diketengahkan oleh seniman-seniman tersebut amatlah terkehadapan jika kita menggunakan doktrin seni cetak konvensional sebagai kayu ukurnya. Pemerhati tidak lagi dihidangkan dengan kepipihan karya yang dijelaskan melalui soal edisi dan pengesahan cetak yang asli. Keadaan ini dengan jelas melambangkan semangat penerokaan baharu dalam bidang seni cetak, bahkan turut boleh memberi takrifan berlainan kepada konsep dan teknik seni cetak itu sendiri